1. Apa itu Landing Page BC300 ni sebenarnya?
Ia adalah laman jualan yang lengkap dengan ayat copywriting, gambar, dan susunan konten yang direka khas untuk bantu anda jual produk BC300 secara online & offline.
2. Adakah saya boleh edit Landing Page ni?
Landing Page ini adalah versi siap pakai dan tidak boleh diedit secara sendiri. Namun, jika anda mahu versi khas atau mahu ubah suai (contohnya tukar ayat, gambar, susunan), anda boleh hubungi kami melalui butang WhatsApp di laman ini untuk perbincangan lanjut.
Nota: Sebarang pengubahsuaian akan dikenakan caj tambahan, bergantung pada tahap perubahan yang diminta.
3. Macam mana saya akan dapat Landing Page ni?
Selepas pembayaran dan pengesahan dilakukan, pihak kami akan sediakan pautan khas (link) Landing Page anda untuk digunakan serta-merta.
Sila beri kami tempoh masa sehingga 24 jam bekerja untuk proses penyediaan. Biasanya anda akan terima lebih awal (sekitar 1 jam), tapi kami sediakan ruang masa ini untuk memastikan semua data lengkap dan tiada kesilapan teknikal.
4. Apa kelebihan utama Landing Page ni?
Nampak profesional, tingkatkan keyakinan prospek, jimat masa & kos design, dan terbukti bantu hasilkan jualan.
5. Berapa lama saya boleh guna Landing Page ni?
Tiada had masa. Sekali bayar, guna seumur hidup selagi sistem aktif.
6. Saya tak reti nak promote secara online, boleh bantu?
Ya! Kami akan bagi BONUS Koleksi Copywriting Siap Pakai & contoh ayat untuk bantu anda mula post hari ini juga.
7. Saya dah ada Landing Page, apa beza dengan ni?
Landing Page BC300 ini direka khas dengan pendekatan psikologi prospek, susun atur terbukti efektif, dan dihasilkan oleh team yang faham dunia jualan BC300.
8. Boleh buat refund tak lepas beli?
Maaf, tiada refund kerana ini adalah produk digital yang diberikan terus selepas pembelian.
9. Adakah Landing Page ini jamin saya boleh buat jualan?
Tiada jaminan. Kejayaan anda bergantung pada tindakan, konsistensi dan bagaimana anda gunakan alat ini. Tapi kami dah sediakan tools dan support terbaik.
10. Adakah satu bayaran untuk satu Landing Page sahaja?
Ya. Setiap pembayaran adalah untuk satu Landing Page sahaja, dan hanya satu nombor WhatsApp akan dipasang ke dalam Landing Page tersebut.
11. Bolehkah saya menukar nombor WhatsApp dalam Landing Page ini kemudian hari?
Secara umum, tidak boleh ditukar selepas proses pendaftaran selesai.
Namun, jika berlaku situasi tertentu seperti nombor hilang atau akaun WhatsApp disekat, anda boleh hubungi pihak kami untuk permohonan khas penukaran nombor.
12. Saya ada ramai team. Bolehkah saya beli sekali banyak untuk mereka?
Boleh! Anda dibenarkan membuat pembelian borong untuk beberapa ahli team anda. Setiap Landing Page akan dipasang dengan nombor WhatsApp individu ahli anda.
Untuk pembelian kuantiti banyak (contoh: 10 ke atas), anda boleh hubungi kami melalui butang WhatsApp di laman ini untuk hal ini.
13. Adakah Landing Page ini disediakan oleh pihak Bravo BizClub?
Tidak. Landing Page ini bukan disediakan oleh pihak pengurusan Bravo BizClub secara rasmi. Sebaliknya, ia dibangunkan secara khusus oleh Revolution Team Empire sebagai alat bantu pemasaran digital untuk semua usahawan yang membawa produk BC300.
Walaupun bukan produk rasmi, ia direka sepenuhnya agar selari dengan objektif syarikat dan mematuhi imej serta kualiti produk Bravo BizClub.